fbpx

Satu lagi kampung Orang Asli di Pahang kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebuah lagi perkampungan masyarakat Orang Asli daripada etnik Semai di Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai lusa.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Saad berkata, kali ini lokaliti tersebut ialah Kampung Sungai Padi dalam Mukim Telang, Daerah Lipis.

Perkampungan itu berjiran dengan tiga kluster komuniti termasuk dua yang masih dilaksanakan PKPD iaitu Kampung Baru Lipis dan Kampung Orang Asli suku Semai Dusun Pak Senam.

Turut dikenakan PKPD ialah satu lokaliti di Sabah iaitu Kampung Air, Daerah Beluran dan kedua-dua lokaliti baharu itu berkuat kuasa perintah tersebut mulai Ahad ini sehingga 2 Oktober.

Dalam pada itu, hanya satu lokaliti yang sepatutnya berakhir PKPD esok, disambung lagi selama 14 hari iaitu Taman Samudera di Seri Manjung, dalam Daerah Manjung, Perak. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI