fbpx
Gambar hiasan

Rugi RM571,000 ditipu ‘Tengku’ dalam aplikasi Grindr

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang lelaki hanya mampu berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM571,000 selepas menjadi mangsa penipuan Love Scam daripada individu yang mengaku dirinya kerabat diraja dengan gelaran Tengku menerusi aplikasi sosial,Grindr sejak empat bulan lalu.

Mangsa berusia 20-an dan bekerja sebagai peniaga telah tampil membuat laporan polis Selasa lalu selepas mendakwa telah ditipu suspek yang juga dipercayai seorang lelaki.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, siasatan mendapati, suspek yang mendakwa dirinya Tengku meminta mangsa membuktikan kesetiaannya dengan menyerahkan barang kemas milik ibunya.

Menurutnya, bagi membuktikan cinta, mangsa telah menghantar barang kemas sebanyak dua kali iaitu pada 31 Mei menggunakan teksi dan pada 2 Jun lalu menggunakan GrabCar kepada seorang pembantu peribadi suspek yang dipercayai berada di daerah ini.

“Dalam tempoh perkenalan itu mangsa turut membuat beberapa transaksi pemindahan wang sebanyak RM201,000 ke dalam dua akaun bank milik individu ketiga atas alasan sama selain dijanjikan sebuah kenderaan trak pikap oleh suspek.

“Mangsa juga mendakwa dia dipaksa untuk terus menyerahkan wang kepada Tengku itu kerana suspek mengugut akan menyebarkan video bogelnya jika dia gagal berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shafien, mangsa akhirnya nekad membuat laporan polis selepas suspek tidak datang berjumpanya seperti yang dijanjikan selain tidak memulangkan semula barang kemas yang dianggarkan bernilai RM370,000.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -K! ONLINE

POPULAR