fbpx

Lagi kes lawan arus, lelaki warga emas ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Toyota Prius yang melawan arus di Persiaran Tun Teja, Shah Alam.

SHAH ALAM – Kes melawan arus terus menjadi apabila terbaharu melibatkan seorang lelaki warga emas yang ditahan hari ini selepas videonya melakukan aksi berbahaya itu tular di media sosial.

Penahanan suspek berusia 74 tahun itu dilakukan pukul 5.45 petang tadi di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, berdasarkan siasatan kejadian lawan arus itu berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari semalam di Persiaran Tun Teja.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati lelaki tersebut yang memandu kenderaan jenis Toyota Prius sedang menuju Jalan Batu 4 di sini dari Plaza Tol Alam Impian.

“Lelaki berkenaan telah memandu melawan arus setelah tersalah masuk laluan bertentangan di bulatan pertama selepas Plaza Tol Alam Impian dan keluar di bulatan kedua di Persiaran Tun Teja, tiada kemalangan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, hasil saringan awal ujian kencing mendapati lelaki tersebut negatif dadah.

Kata Ramsey, siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kes disiasat mengikut
Seksyen 42 Akta Pengangkutan 1987 kerana memandu dengan melulu atau membahaya.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 0194475767,” jelasnya.

Terdahulu tular dua video masing-masing berdurasi 35 saat memaparkan aksi kereta dipandu lelaki tersebut melawan arus sebelum video berdurasi 29 saat menunjukkan nombor plat kenderaan berkenaan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI