fbpx
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang memakai PPE dilihat sedang membawa beg pakaian untuk menjalani sesi isolasi di wad. – Weibo

Kanak-kanak 4 tahun di Fujian jalani isolasi berseorangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING – Pihak berkuasa wilayah Fujian di China dilaporkan menempatkan kanak-kanak seawal usia empat tahun di wad-wad isolasi secara berseorangan tanpa ditemani ibu bapa dalam usaha tegas mengawal penularan jangkitan Covid-19 , lapor saluran berita Wionews semalam.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di media sosial, seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang lengkap memakai sut perlindungan diri (PPE) dilihat sedang berjalan sambil membawa beg pakaian.

Kanak-kanak tersebut dilaporkan dipaksa menjalani sesi isolasi di wad pada tengah malam dan beberapa pemeriksaan perubatan seperti ujian imbasan tomografi berkomputer (CT).

Situasi Covid-19 di wilayah Fujian meningkat kepada 186 kes dalam masa seminggu selepas 85 jangkitan terbaharu dilaporkan pada hari Rabu sahaja.

Peningkatan kes yang sebahagian besar disebabkan oleh varian Delta itu turut melibatkan jangkitan dalam kalangan kanak-kanak dengan hampir 36 kanak-kanak berusia di bawah 10 tahun dijangkiti virus maut itu.

Ekoran itu, pihak berkuasa terpaksa menempatkan kanak-kanak di dalam wad-wad isolasi tanpa ditemani oleh ibu bapa. – AGENSI 

 

POPULAR