fbpx

Pelancong bertambah jika tahap keyakinan meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika sesi dialog bersama pengusaha hotel, inap desa, kereta sewa dan pemandu teksi di Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Majlis Pemulihan Negara (MPN) optimis jumlah pelancong yang berkunjung ke pulau ini sempena projek rintis gelembung pelancongan mampu melepasi sasaran awal 200,000 orang sehingga hujung tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jangkaan awal kemasukan pelancong boleh berubah mengikut tahap keyakinan pelancong dan pemain industri pelancongan di sini.

“Saya jangka apabila level of confidence di kalangan pengusaha meningkat dan kemudahan disediakan kembali boleh digunakan pelancong selain penerbangan dari luar negara boleh masuk ke sini, maka kadar kedatangan pelancong ke Langkawi boleh berubah,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin menghadiri sesi dialog bersama pengusaha hotel, homestay, kereta sewa dan pemandu teksi Langkawi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sasaran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bahawa seramai 200,000 pelancong akan berkunjung ke Langkawi hingga hujung tahun ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pulau berkenaan juga mampu menampung jumlah pelancong yang ramai berdasarkan kapasiti penginapan ketika ini iaitu sebanyak 12,000 bilik.

“Lebih banyak lagi hotel baharu akan dibina bila keadaan menjadi bertambah baik,” ujarnya.

Sementara itu, menurutnya lagi, pihaknya menjangkakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) terutama berkaitan rentas negeri apabila negara mencapai tahap imuniti kelompok. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI