fbpx
Gambar hiasan

Mangsa keldai akaun kongsi kisah dijel, turun naik mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang wanita pernah dikenakan tindakan undang-undang selain namanya masih berada dalam rekod polis sehingga sekarang selepas terpedaya dengan janji manis ‘scammer’ pada tahun 2018.

Pengguna Facebook bernama Affin Afira, 23, menerusi kumpulan Scammer Alert Malaysia berkata, dia dihubungi seorang individu yang menawarkan hadiah cabutan bertuah sebanyak RM100,000 dan turut meminta maklumat seperti nombor pin, akaun serta nombor kad juruwang automatik (ATM) miliknya.

“Ketika itu saya merupakan pelajar di sebuah politeknik. Bulan berganti bulan ada duit bantuan siswa telah dimasukan ke dalam akaun tapi saya dapati ia sudah dikeluarkan.

“Saya terlalu sibuk dengan urusan kuliah. Semasa itu, saya sangka ia hanya perkara kecil dan tidak membuat laporan polis,” tulisnya.

Menurutnya, pada tahun 2019 ketika sedang menjalani praktikal, wanita itu dihubungi polis yang menyatakan dia merupakan suspek sindeket penipuan dalam talian.

“Saya terus ke balai polis memberi kenyataan serta membuat laporan bahawa saya telah ditipu dan menjadi mangsa keldai akaun tetapi semuanya sudah terlambat.

“Saya ditahan dan terpaksa bermalam dalam lokap tanpa bantal dan selimut. Makanan hanya roti bersama air teh kosong sahaja. Keesokan harinya, saya dibawa ke mahkamah,” imbaunya.

Tetapi wanita itu bernasib baik apabila bapa saudaranya tampil membayar wang jaminan dan dia akhirnya dibebaskan.

Apabila membuat rujukan di bank wanita itu mendapati namanya telah dibekukan dan pada Ogos lalu dia sekali lagi menerima panggilan telefon dari polis berhubung kes yang direkodkan di Langkawi dan Baling di Kedah.

“Pihak polis menyuruh saya untuk menjamin diri sendiri memalui prosedur mahkamah pada masa yang ditetapkan.

“Doakan saya 21 September ini semoga dipermudahkan urusan untuk bayar jaminan dan pulihkan balik nama saya. Saya harap hantaran ini posting ini dapat membantu orang yang senasib dengan saya,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR