fbpx
UMK Kampus Jeli

Hanya pelajar lengkap dos vaksin dibenarkan masuk UMK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menerima kemasukan seramai 6,078 pelajar bagi sesi akademik 2021/2022 secara berperingkat bermula 15 Oktober depan.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Nik Maheran Nik Muhammad berkata, pelajar UMK yang berhasrat untuk masuk ke kampus perlu memenuhi syarat iaitu telah lengkap dua dos vaksin dengan kebenaran akan ditentukan oleh pihak fakulti.

Menurutnya, proses kemasukan pelajar ke kampus Jeli, Kota Bharu dan Bachok akan dilaksanakan secara berperingkat dan mengikut norma baharu yang ditetapkan.

Ujarnya, kadar pengiraan kapasiti asrama juga mengambil kira prosedur operasi standard dalam aspek penjarakan dan kuarantin.

“Bilangan pelajar yang akan dibenarkan hadir masih tertakluk kepada kapasiti asrama yang telah ditetapkan oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni di semua kampus UMK.

“Bagi kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP), ia dilaksanakan secara hibrid iaitu pembelajaran bersemuka untuk pelajar dalam kampus selaras dengan Pekeliling Akademik Bilangan 5/2021-Pemakluman Mengenai PdP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Maheran, pembelajaran secara hibrid dan pembelajaran dalam talian untuk pelajar luar kampus akan dijalankan secara serentak.

Ujarnya, pembukaan semula kampus adalah selaras dengan kenyataan rasmi yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad untuk kemasukan pelajar ke kampus institusi pendidikan tinggi secara berperingkat bermula 15 Oktober depan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR