fbpx

Gangguan kitaran haid selepas terima vaksin bersifat sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gangguan ini biasa berlaku untuk kitaran pertama selepas menerima suntikan vaksin. - Shuttershock

LONDON – Lebih 30,000 wanita di Britain tampil mendedahkan bahawa kitaran haid mereka terganggu selepas menerima suntikan vaksin, lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Isu yang dibangkitkan adalah kitaran haid menjadi tidak teratur dan kekejangan perut yang lebih teruk dalam satu laporan sehingga 2 September lalu.

Namun begitu, gangguan tersebut hanya berlaku untuk kitaran haid pertama selepas menerima suntikan dan kembali normal bagi kitaran seterusnya.

Gangguan kitaran haid sementara ini dikaitkan dengan penerima vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Moderna.

Bagaimanapun, pakar kesihatan memberitahu bahawa gangguan ini tidak menjejaskan isu kesihatan wanita terutama berkaitan kesuburan.

Pensyarah Imunologi Kolej Imperial London, Dr. Victoria Male berkata golongan wanita tidak perlu berasa panik dengan gangguan haid selepas menerima suntikan vaksin kerana ia bersifat sementara.

“Apa yang penting, tidak ada bukti vaksinasi memberi kesan buruk kepada kesuburan.

“Dalam ujian klinikal, kehamilan yang tidak dirancang terjadi pada kadar sama pada kumpulan yang divaksinasi dan tidak divaksinasi,” jelas Male.

Agensi Peraturan Produk Ubat dan Kesihatan (MHRA) turut memaklumkan, individu yang dijangkiti Covid-19 dan yang menghidap sindrom ‘Long Covid’ juga cenderung berdepan situasi serupa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI