fbpx

Wanita mahu bekukan telur kerana datang bulan setiap 10 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERIN McDermott mula mengambil pil hormon pada awal remajanya kerana kekerapan mengalami haid. - Erin McDermott / MEN Media

LONDON – Seorang wanita di Britain berkemungkinan terpaksa membekukan telurnya (ovum) kerana mengalami kitaran haid yang tidak teratur sehingga menyebabkannya datang bulan bagi setiap 10 hari, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Erin McDermott, 29, mula mengambil pil rawatan hormon ketika di usia remaja untuk merawat kitaran haidnya yang tidak teratur. Dia bagaimanapun tidak pernah menjalani ujian untuk mengetahui punca masalah tersebut, lapor akhbar Manchester Evening News.

Wanita itu hanya dimaklumkan bahawa dia mengalami ketidakseimbangan hormon ketika berhenti mengambil pil tersebut selepas 13 tahun pada Disember 2013.

Perkara itu disahkan oleh seorang pakar perubatan yang memaklumkan bahawa masalah itu menunjukkan kadar kesuburan yang rendah dan tempoh kesuburan yang lebih pendek.

McDermott, yang melanjutkan pelajaran di Manchester, England, kini berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang pendidikan hormon dan menggalakkan wanita lain untuk mempersoalkan sama ada pil hormon mampu menyelesaikan masalah kesihatan mereka atau tidak.

Dia juga telah membuat petisyen bagi meminta kerajaan untuk menambah baik pendidikan kesihatan hormon pada dua peringkat kurikulum iaitu peringkat 2 dan 3. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI