fbpx

‘Datuk Ken’, isteri didakwa empat pertuduhan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keratan Kosmo! pada 17 Ogos 2021.

SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan dikenali ‘Datuk Ken’ yang mendalangi sindiket perjudian online, perlombongan bitcoin dan syarikat pinjaman wang tanpa lesen akan didakwa tiga pertuduhan di Mahkamah Selayang, esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pertuduhan terhadap suspek berusia 40 tahun itu akan dilakukan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT)

Katanya, turut akan didakwa adalah isteri berusia 41 tahun juga dibawah seksyen dan akta sama.

“Pertuduhan terhadap kedua-dua suspek dijangka pukul 9.30 pagi di Mahkamah Selayang mengikut ARJT,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! pada 17 Ogos lalu me­laporkan seorang lelaki berusia 40 tahun mampu meraih kekayaan luar biasa termasuk memiliki 14 unit rumah banglo, 14 kenderaan mewah pelbagai jenis dan 71 akaun bank hasil penglibatannya dalam
pelbagai aktiviti jenayah sejak tahun 2014.

Bagaimanapun, kelicikan ketua sindiket yang memiliki harta bernilai jutaan ringgit itu terbongkar selepas dia bersama isterinya ditahan dalam operasi khas di sebuah rumah di Rawang, Selangor pada 11 Ogos lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed sebelum ini turut menegaskan lelaki itu tidak pernah menerima sebarang darjah kebesaran Datuk dan hanya digunakan sekadar bagi menunjukkan imej gah dan berkuasa. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI