fbpx

Ajal dihempap pokok kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut selepas dihempap pokok kelapa sawit ketika melakukan kerja-kerja pembersihan ladang di lokasi kejadian. /FOTO IHSAN BOMBA

KLUANG – Seorang pekerja ladang menemui ajal selepas dihempap pokok kelapa sawit dalam kejadian di Taman Saujana, di sini petang hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang, mangsa berusia 54 tahun yang cedera parah itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Shamsul Amri Shahab, sebelum kejadian mangsa bersama dua lagi pekerja jengkaut sedang melakukan kerja-kerja pembersihan ladang.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang menerima panggilan kecemasan pokok tumbang melibatkan mangsa melalui talian terus ke balai pada 6.14 petang.

“Sebuah jentera FRT, EMRS dan RIM dari BBP Kluang dengan kekuatan keseluruhan seramai sembilan anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya anggota bomba dilokasi didapati benar terdapat sebatang pokok kelapa sawit tumbang berukuran 30 kaki telah menghempap seorang mangsa lelaki dewasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pokok tersebut berjaya dialihkan oleh rakan mangsa dengan menggunakan jengkaut setelah diarahkan oleh pihak bomba dalam tempoh lima minit.

Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI