fbpx

Ada apa Sharnaaz Ahmad, Fiffy Azmi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHANAAZ dan Fiffy dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu yang istimewa antara mereka.

HUJUNG minggu lalu sempat menonton video siaran langsung Sharnaaz Ahmad dengan Shukri Yahaya.

Selain isu perli Caprice, terdapat perkara lain yang menarik perhatian ramai iaitu Sharnaaz didakwa sedang berkenalan dengan seorang lagi selebriti wanita tanah air.

Dalam ruangan komen, ramai yang menyebut nama Fiffy Azmi dan dia juga dikatakan sedang menonton siaran langsung tersebut.

Biarpun Sharnaaz dan Shukri tidak menyebut nama mana-mana selebriti yang dimaksudkan, namun ramai sudah dapat meneka siapakah wanita berkenaan.

Selain itu, dalam Instagram Fiffy, kapsyen foto yang dimuat naik pada hari sama juga memberi bayangan mengenai dakwaan tersebut.

“Saya tak tengok Live (siaran langsung) tau, saya tengah melukis,” tulisnya.

Mungkin mereka hanya kawan, tidak salah pun hendak menjalin hubungan persahabatan bukan?

Namun, jika benar seperti yang didakwa, apa salahnya. Dua-dua pun masih solo. Doakan yang baik-baik untuk mereka ya.

MIZZ LAHAR: Teringin nak berkhemah juga tapi takut, ramainya orang!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI