fbpx

Tradisi pembunuhan besar-besaran ikan lumba-lumba di kepulauan Faroe dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej mengerikan menunjukkan ikan lumba-lumba yang ditangkap dan dibunuh di kepulauan Faroe. - SWNS

COPENHAGEN, Denmark – Sekumpulan pemburu di sebuah kepulauan terpencil di Denmark membunuh 1,428 ekor ikan lumba-lumba, yang merupakan pembunuhan terbesar pernah direkodkan dalam perburuan tahunan tradisional negara itu, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Beberapa keping imej mengerikan menunjukkan beribu-ribu bangkai ikan lumba-lumba yang dipenuhi darah dibiarkan terdampar di tepi pantai di kepulauan Faroe.

Festival tahunan itu dipanggil ‘grindadrap’ atau ‘grind’ dan telah bermula semenjak zaman Viking.

Menurut data yang disimpan oleh kepulauan Faroe, lebih 1,000 ekor mamalia laut dibunuh setiap tahun dalam acara tersebut.

Sebagai sebahagian daripada tradisi itu, kapal-kapal akan membawa ikan lumba-lumba ‘Atlantic White Sided’ ke pelabuhan di pulau Skalafjorour.

Di situ, pemburu-pemburu akan membunuh haiwan-haiwan tersebut dengan menggunakan cangkuk, pisau dan tombak.

Amalan tersebut dikecam oleh kumpulan hak asasi haiwan dengan menyifatkannya sebagai ‘tidak berperikemanusiaan’ namun penduduk tempatan mendakwa ia adalah bahagian penting dalam tradisi tempatan.

Amalan tersebut berlaku semenjak zaman ketika penduduk tempatan bergantung kepada daging ikan lumba-lumba sebagai sumber makanan. -AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI