fbpx

Stok lesen mencukupi hingga Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan pembekalan dan pengedaran stok Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) oleh jabatan itu mencukupi hingga 31 Disember tahun ini.

JPJ dalam satu kenyataan berkata, baki stok yang dimiliki oleh rakan strategik JPJ juga masih mencukupi.

“Stok dokumen terkawal yang dimiliki Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom), Pos Malaysia dan MY E.G. Services Bhd. (MYEG) itu turut mampu memenuhi kehendak seluruh pelanggan bagi tempoh itu.

“Sepanjang Ogos lepas, pihak JPJ telah membekalkan sejumlah stok dokumen terkawal yang mencukupi kepada semua rakan strategik JPJ termasuklah sebanyak 450,000 stok LKM Motokar dan 8,400 stok LKM Motosikal serta 6,600 stok LMM diberikan kepada MyEG.

“Pos Malaysia pula menerima 385,000 stok LKM Motokar, 287,999 LKM Motosikal dan 300,000 LMM, manakala PUSPAKOM diberikan 5,500 stok LKM Motokar,” ujarnya hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, sehingga hari ini didapati baki stok dokumen terkawal JPJ adalah masih mencukupi bagi tujuan menampung keperluan untuk urusan pembaharuan atau transaksi LKM dan LMM, di semua lokasi premis rakan-rakan strategik JPJ tersebut.

Di MyEG, masih terdapat 100,827 stok LKM Motokar, 10,843 LKM Motosikal dan 26,648 LMM, manakala Pos Malaysia pula 365,518 LKM Motokar, 142,871 LKM Motosikal dan 789,274 LMM, dan PUSPAKOM pula 11,950 LKM Motokar.

Terdahulu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim telah membuat lawatan mengejut di Pejabat Pos Malaysia, Sri Kembangan, Selangor bagi melihat pengoperasian urus niaga JPJ dan aspek pengedaran dan pembekalan stok dokumen LKM dan LMM bagi memastikan ia berjalan dengan cekap dan lancar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI