fbpx

Pensyarah beri kontrak RM46,000 kepada kakak, abang ipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian kontrak bernilai kira-kira RM46,000 kepada kakak kandung dan abang iparnya.

Wanita bergelar doktor berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi semalam di Pejabat SPRM Putrajaya di sini.

Difahamkan, kontrak tersebut ialah projek pembekalan barang pejabat dan pembelian serta penyelengaraan mesin jahit di sebuah jabatan di universiti berkenaan pada tahun 2015 sehingga 2017.

Bagaimanapun, suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai diambil keterangan petang semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd. Anuar Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI