fbpx

Lelaki dakwa kebal bisa ular maut dipatuk tedung hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pamma cuba menghisap keluar bisa ular tedung hitam selepas dipatuk secara tiba-tiba. - Jam Press

MUMBAI – Seorang penangkap ular yang mendakwa dirinya kebal daripada bisa reptilia itu maut selepas dipatuk seekor tedung hitam baru-baru ini, lapor akbar The Sun, kelmarin.

Penjinak ular yang dikenali sebagai Pamma Ahirwar dipatuk tedung hitam itu di Kampung Jaitpur, utara India ketika cuba menyelamatkan haiwan yang ‘sesat’ ke dalam rumah salah seorang penduduk di situ.

Pamma yang mempunyai pengalaman 20 tahun mengendalikan ular berbisa pernah mendakwa dirinya kebal bisa ular apabila sudah beberapa kali dipatuk, namun bisa itu gagal memasuki sistem darahnya.

Lelaki ini mendakwa dia kebal bisa ular selepas 20 tahun menjadi penangkap ular namun akhirnya maut dipatuk. – Jam Press

Dalam kejadian terbaharu, mangsa dirakam meletakkan tedung hitam di leher selepas berjaya menangkapnya dan berjalan mengelilingi kampung.

Kejadian malang bermula apabila ular itu secara tiba-tiba membelit lengan kanan lalu mematuk tapak tangannya.

Pamma dilihat terus duduk mencangkung di atas tanah dan cuba menghisap bisa itu, lalu meludahnya keluar.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital berdekatan untuk menjalani rawatan lanjut, namun gagal diselamatkan kerana bisa itu sudah merebak ke seluruh badan dan merosakkan organ-organ pentingnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN