fbpx

Jualan Himaya tumbuh 20 hingga 30 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Anggun Kirana Sdn. Bhd. (Anggun Kirana) pengeluar pelitup muka berjenama Himaya, ­mengunjurkan jualan pada tahun ini tumbuh antara 20 hingga 30 peratus ekoran permintaan tinggi daripada pe­langgan yang memilih produknya untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kk Chua berkata, ciri-ciri pelitup muka yang menepati kriteria kesihatan dan ditampilkan dengan warna yang menarik menjadi antara pendorong kepada pencapaian unjuran pertumbuhan jualan tersebut.

Menurut beliau, pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan juga kelulusan daripada Medical Device Authority (MDA) telah meningkatkan keyakinan pelanggan untuk memi­lih pelitup muka jenama tersebut.

“Pelitup muka keluaran syarikat sangat berse­suaian digunakan wanita berhijab ke­rana ia mudah dipakai kerana dilengkapi dengan head-loop tanpa perlu menggunakan aksesori penyambung pelitup muka yang banyak dijual di pasaran.

“Warna baharu pelitup muka wmemberi lebih pilihan kepada wanita berhijab dan tampil yakin untuk turut bergaya selain dapat menjaga kesihatan daripada pelbagai penyakit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran warna baharu pelitup muka Himaya secara maya baru-baru ini.

Anggun Kirana sebelum ini telah memperkenalkan pelitup muka dalam pelbagai warna iaitu Love Latte (coklat lembut), Soft Olive (hijau pastel), Apricot Dream, Blue Lagoon, Retro Slate, Aster Blue, Philipsburg Blue dan yang terbaharu warna merah ­samar.

Selain itu, pada majlis sama, Chua memaklumkan syarikat kini bekerjasama dengan Maj­lis Kanser Nasional (Makna) bersempena Bulan Ke­sedaran Kanser Payudara melalui satu kempen kutipan dana yang di­anjurkannya.

Kempen yang sedang berlangsung sehingga 31 Oktober ini akan membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahayanya kanser payu dara dan keperluan untuk membuat pemeriksaan awal.

Tambah Chua, bagi setiap pembe­lian pelitup muka Himaya, sebanyak RM2 akan disumbangkan kepada tabung Makna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI