fbpx

‘Hadiah hari jadi ibu daripada ibu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pertama lima sekeluarga, Shuib bersama emat orang anaknya yang diambil sempena ahri lahir ke-37 Allahyarham Siti Sarah hari ini.

PETALING JAYA – Kalau bukan disebabkan virus Covid-19 yang meragut nyawa, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pasti menjadi wanita paling terbahagia di dunia hari ini, 15 September iaitu hari kelahirannya dengan hadiah paling bermakna, Ayash Affan.

Pun begitu, turut terbentang kebahagian buat keluarganya apabila menyambut hari lahirnya tanpa jasad di sisi namun digantikan rezeki Ilahi yang baru sempat menjamah langkah di rumah lebih sebulan berada dalam pemantauan di hospital.

“Alhamdulillah, hadiah hari jadi ibu (Siti Sarah) daripada ibu. Selamat hari jadi ibu. Al-fatihah,” tulis Shuib.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad berkongsi dua keping gambar keluarga kecilnya tanpa Siti Sarah di sisi buat kali pertama bersempena hari ulang tahun Allahyarham isterinya hari ini dalam Instagram.

Semalam, selepas hampir sebulan berada dalam wab, anak bongsu Shuib dan Siti Sarah itu akhirnya dibenarkan pulang ke rumah.

Lebih manis, berita tersebut diterimanya sehari sebelum hari ulang tahun arwah Siti Sarah yang ke-37 hari ini. Shui sendiri baru menyambut hari kelahirannya juga yang ke-37 pada 12 September lalu.

Sejak awal pemergian Sarah, Shuib juga pernah menyifatkan Ayash sebagai hadiah terakhir yang paling bermakna buatnya sekeluarga. Nama Ayash dipilih sendiri oleh Sarah, dilahirkan dan diberikan ‘bulat-bulat’ tanpa disentuh dan dilihat untuk dijaga dan dibesarkan sepenuh kasih sayang oleh Shuib.

Untuk rekod, Shuib dan Sarah yang mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Pasangan itu dikuniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI