fbpx

463 kes kematian akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Negara merekodkan sebanyak 463 kes kematian Covid-19 semalam berdasarkan data dipaparkan pada laman web CovidNow.

Menurut maklumat yang dipaparkan sepanjang tempoh 24 jam, angka kematian sebenar pada 13 September turut berubah kepada 128 kes manakala, sebanyak 104 kes kematian sebenar pada 14 September.

Kesemua 463 kes kematian tersebut dilaporkan di Selangor (255), Kedah (54), Johor (38), Perak (24), Pulau Pinang (23), Kelantan (19), Sabah (16), Kuala Lumpur (12), Sarawak (7), Pahang (6), Melaka (4), Terengganu (3) dan Negeri Sembilan (2).

“Angka kematian tersebut menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 21,587 kes dan dalam masa sama, terdapat 108 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,066 kes,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI