fbpx

Skim Opimis galak mekanisasi sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Parveez

PETALING JAYA – Skim Insentif Mekanisasi Sawit (Opimis) yang diperkenalkan kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah berjaya menggalakkan penggunaan mekanisasi dalam sektor perladangan kelapa sawit bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja.

Ketua Pengarah MPOB, Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, skim yang diperkenalkan pada tahun 2016 dengan peruntukan sebanyak RM4.5 juta itu mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penggiat industri, terutama pengusaha ladang dan pekebun kecil.

“Terdapat penerima Skim Opimis yang menunjukkan peningkatan produktiviti kerja sehingga 40 peratus.

“Jelas terbukti, penggunaan mekanisasi merupakan penyelesaian berkesan terutama pada situasi kekurangan tenaga kerja dan sedikit sebanyak mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing,” katanya pada Webinar Skim Opimis anjuran MPOB hari ini.

Menurut Ahmad Parveez, peruntukan disediakan Skim Opimis telah memberi manfaat kepada hampir 650 penerima dengan jumlah pembelian mesin hampir 1,400 unit merangkumi pelbagai jenis jentera dan alatan ladang.

Tambahnya, prestasi semasa harga minyak sawit yang berada pada paras stabil sekitar RM4,200 hingga RM4,500 satu tan memberi keuntungan berbaloi kepada penggiat industri sawit untuk melabur dalam teknologi mekanisasi ladang sawit.

“Dengan pelbagai peralatan mekanisasi atau teknologi yang tersedia, diharap penggiat sektor perladangan sawit negara dapat melabur sebahagian daripada keuntungan dengan menerapkan teknologi dalam operasi ladang demi mencapai kelestarian industri,” katanya.

Webinar Opimis merupakan antara platform bagi perkongsian maklumat berkaitan jentera atau alatan mekanisasi yang berada di pasaran dan memberi peluang kepada para penerima bantuan untuk berkongsi maklum balas atau testimoni daripada pengguna. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI