fbpx

Polis nafi dakwaan kes ragut di terowong Penchala Link

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis menafikan dakwaan cubaan ragut selepas seorang penunggang motosikal cedera akibat terlanggar tali layang-layang di terowong Penchala Link di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pada 6 September lalu, polis telah menerima satu laporan polis berkenaan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal.

“Laporan telah diterima kira-kira pukul 10.37 pagi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya melibatkan sebuah motosikal yang terlanggar seutas tali yang berada di atas jalan raya.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku pada 2 September lalu pada pukul 6.30 petang dimana mangsa menunggang motosikal dari tempat kerjanya di Pavilion Damansara menuju ke rumahnya di Meru, Klang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sebaik tiba di Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), lebih kurang 1 kilometer dari susur keluar Plaza Tol Damansara, mangsa mendakwa telah terlanggar tali layang-layang yang terputus.

“Tali tersebut telah mengenai muka mangsa yang berusia 28 tahun itu dan menyebabkan mangsa cedera pada bahagian pipi dan bibir. Siasatan yang telah dijalankan mendapati, tiada sebarang unsur jenayah atau khianat. Sebaliknya, hanya melibatkan kes kemalangan jalan raya.

“Kejadian ini juga tidak ada kaitan dengan kes cubaan ragut di terowong Penchala Link yang tular di media sosial pada 13 September lalu. Sehingga kini, polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan cubaan ragut dengan memasang tali tangsi di terowong Penchala link seperti ditularkan,” jelasnya.

Fakhrudin memberitahu, pihaknya meminta mangsa kejadian untuk tampil membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut berhubung dakwaannya dapat dijalankan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI