fbpx

Laluan ke Air Terjun Sungai Pisang ditutup, ramai degil guna laluan tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan kehadiran orang ramai di kawasan Air Terjun Sungai Pisang.

PETALING JAYA – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menegaskan tiada sebarang kelulusan permit aktiviti diberikan di Taman Eko Rimba, Denai dan Jalur Pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) – Fasa2.

Ini susulan penularan sebuah video dipercayai di kawasan Air Terjun Sungai Pisang yang sesak dengan kehadiran orang ramai yang didakwa tidak mendapatkan kebenaran pihak berkuasa.

Menurut Pengarah Perhutanan Negeri Selangor, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, semasa PPN Fasa Dua JPNS tidak mengeluarkan sebarang permit aktiviti dan pihaknya juga telah menutup laluan-laluan masuk ke kawasan berkenaan.

“Memang benar untuk memasuki kawasan hutan simpan memerlukan permit, tetapi buat masa kini pihak JPNS tidak mengeluarkan sebarang permit dan masih tidak membenarkan sebarang aktiviti berlaku bagi mengelak berlakunya penularan Covid-19.

“Ketika hari kejadian saya dan beberapa pegawai ada buat pemantauan,tidak dinafikan begitu ramai orang yang hadir tetapi dengan bantuan pihak polis kami telah mengarahkan pengunjung supaya beredar dan menutup kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Walaupun pintu masuk ke kawasan tersebut sudah ditutup, orang ramai tetap menggunakan laluan alternatif yang lain untuk menceroboh masuk.

Tambahnya lagi, walaupun sudah menutup pintu masuk ke kawasan terebut orang ramai telah menggunakan laluan alternatif yang lain untuk memasuki tempat tersebut.

“Walaupun kami dah tutup pintu masuk dan beberapa kawasan dengan menggunakan pita peringatan, orang ramai masih juga berdegil dan mencari laluan lain untuk ke kawasan tersebut,” katanya.

Pihak JPNS juga memperingatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP dan sentiasa menjaga penjarakan sosial bagi mengelakkan berlakunya penularan Covid-19. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI