fbpx

Kluster komuniti jangkiti 346 orang punca Kampung Bahagia kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebuah lokaliti di Jajahan Kuala Krai, Kelantan iaitu Kampung Bahagia dalam Mukim Batu Mengkebang antara tujuh lokaliti di tiga negeri bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis ini.

Ia susulan kluster komuniti yang diumumkan Kementerian Kesihatan Sabtu lalu dan merekodkan 346 individu positif Covid-19 termasuk enam kes import setakat semalam.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, turut dikenakan PKPD sehingga 29 September ini ialah satu lagi lokaliti di Pahang iaitu Kampung Tementong dalam Mukim Cheka 1, Daerah Lipis.

“Ini juga disebabkan kluster komuniti yang baru dilaporkan kementerian itu semalam ekoran kes indeks daripada seorang bergejala pada 7 September tetapi sudah menjangkiti 12 orang.

“Selebihnya meliputi lima lokaliti di Sabah iaitu Kampung Pinatau serta Kirangawan Darat dan Tengah, Kota Marudu, Kampung Nuntunan Apin-Apin, Keningau; Kampung Lungkidau, Ranau; serta Perumahan Pekerja Ladang Boustead Ruku-Ruku, Telupid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu ujar Rodzi, dua lokaliti di Pahang yang sepatutnya berakhir PKPD esok, namun disambung lagi iaitu Kampung Badong Dalam dan Kampung Permatang Durian di Mukim Bebar dalam Daerah Pekan yang sudah dilaksanakan PKPD sejak 2 September lepas. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI