fbpx
Kerajaan digesa mencari jalan bagi membenarkan golongan bujang pulang menziarahi ibu bapa khususnya yang sudah lanjut usia. - Gambar hiasan

‘Kami mahu jumpa ibu bapa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan digesa mencari jalan bagi membenarkan golongan bujang atau anak yang menetap di negeri berbeza dapat pulang untuk menziarahi ibu bapa khususnya yang sudah mencapai usia warga emas selepas sekian lama tidak ditemui secara bersemuka.

Ketika ini, larangan merentas negeri tanpa alasan yang munasabah atau kecemasan seperti kematian masih berkuat kuasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha pihak berkuasa untuk melandaikan keluk jangkitan Co­vid-19.

Bagaimanapun, larangan itu menyebabkan golongan bujang yang tidak mempunyai sistem sokongan berikutan hidup bersendirian di bandar terkandas dan tidak dapat pulang ke kampung untuk menziarahi ibu bapa.

Lebih membimbangkan apabila laman sosial mula dijadikan platform untuk meluahkan pera­saan yang mereka merindui ibu bapa tambahan pula me­ngenangkan keadaan mereka yang sudah berusia dan uzur.

Pakar Kesihatan Awam, Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, sudah tiba masanya kerajaan memberi perhatian kepada isu itu lebih-lebih lagi apabila kes tekanan mental mula mencatatkan peningkatan.

“Sudah tiba masanya untuk kerajaan mencari jalan penyelesaian bagi isu ini termasuk mungkin memperkenalkan prosedur operasi standard khas bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri terutamanya golongan muda yang belum berkeluarga.

“Sepatutnya tiada masalah sekiranya kelonggaran diberikan kepada individu yang ingin me­lakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan bertemu ibu bapa di kampung dengan syarat telah melengkapkan langkah-langkah perlu,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Dekan di Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, jumlah rakyat telah divaksin semakin ramai, malah banyak juga negeri yang kini telah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

“Salah satu cara ialah mewajibkan individu yang ingin pulang ke kampung melakukan ujian sa­ringan menerusi Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 tiga hari sebelum balik. Apabila hendak pulang ke bandar, mereka perlu buat ujian sekali lagi dan menjalani proses kuarantin,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr. Haz­li Zakaria berkata, golongan bujang hidup dalam keadaan tanpa sistem sokongan yang kukuh sehingga mendedahkan mereka kepada risiko kemurungan.

“Pelaksanaan PKP akan memberi kesan kepada kesihatan mental masyarakat, namun kita faham keperluan ia dikuatkuasakan.

“ tidak seperti mereka yang telah berkeluarga di mana adanya sistem sokongan atau tempat luahan sekiranya berdepan tekanan di tempat kerja atau sebagainya,” ujar beliau.

Tambah beliau, sekiranya pulang ke kampung dan bertemu ibu bapa serta keluarga dapat meredakan tekanan dialami.

“Apa salahnya jika kebenaran diberikan dengan syarat mematuhi SOP yang ketat,” katanya.

Jelas Hazli, golongan yang hidup bersendirian perlukan intervensi tambahan dalam memastikan ketahanan mental mereka berada pada tahap optimum.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN