fbpx

Jurutera, kontraktor ditahan terima suapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang jurutera sebuah jabatan kerajaan dan seorang kontraktor direman lima hari di Mahkamah Khas Reman Seremban di sini hari ini.

SEREMBAN – Seorang jurutera sebuah jabatan kerajaan dan seorang kontraktor direman selama lima hari selepas dipercayai meminta dan menerima suapan RM5,000 daripada seorang pemilik syarikat pada pertengahan tahun 2019.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 18 September depan itu dibenarkan Majistret Norzaliza Tesmin di Mahkamah Khas Reman Seremban di sini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Menurut sumber, dua suspek lelaki berusia 35 dan 51 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan di sini pada pukul 4.30 hingga 6.30 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, jurutera itu meminta dan menerima wang suapan daripada seorang pemilik syarikat setelah berjaya mendapatkan projek berhubung kerja-kerja senggaraan pemasangan dan pendawaian elektrik rumah di sebuah daerah di negeri ini.

Wang itu diterima melalui suspek kontraktor yang juga kenalannya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan penahanan itu dan memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI