fbpx

Penagih pil kuda dicekup dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pil kuda yang dirampas selepas memeriksa beg silang seorang lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Jintan, Chetok dekat Pasir Mas hari ini. FOTO IHSAN POLIS

PASIR MAS – Polis merampas 24 biji pil kuda selepas menahan seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah dalam serbuan di sebuah rumah Taman Jintan, Chetok di sini hari ini.

Dalam serbuan pukul 10 pagi itu, polis turut merampas dua botol air ketum dan tujuh ikat daun ketum yang telah disimpan dalam beg plastik.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisoner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, semasa serbuan dijalankan, polis telah memeriksa tubuh badan suspek berusia 22 tahun itu, namun tidak menjumpai sebarang barang salah.

Menurutnya, polis kemudian telah menjalan pemeriksaan ke atas sebuah beg silang yang dipakai oleh suspek sebelum menemui 24 biji dadah dipercayai pil kuda.

“Selain itu, kita turut merampas dua buah motosikal yang berada di luar rumah suspek. Pemeriksaan terhadap motosikal jenis Honda C70 turut menjumpai kesan canai pada nombor enjin dan casis.

“Pemeriksaan pada sebuah lagi motosikal jenis Honda EX5 mendapati ia mempunyai hubung kait dengan satu laporan polis yang telah dibuat di Balai Polis Tok Uban baru-baru ini ,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI