fbpx

Lelaki ‘halusinasi’ mahu cederakan tukang masak diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Senjata yang digunakan suspek bagi mengugut mangsa di restoran tersebut, semalam.

AMPANG – Ketakutan seorang tukang masak warga asing yang diugut akan dicederakan oleh seorang penganggur di sebuah restoran di Taman Medan Bukit Permai, dekat sini berakhir apabila lelaki itu diberkas polis semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku pukul 4.15 petang ketika mangsa yang berumur 33 tahun berada di tempat kerjanya di restoran berkenaan.

“Mangsa telah didatangi suspek yang berumur 27 tahun dengan membawa senjata berupa sebatang besi dan kayu lalu mengetuk semua meja di dalam restoran.

“Suspek turut memanggil mangsa dan menyuruhnya diam, jika gagal suspek mengugut akan mencederakannya dengan senjata yang dibawa,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, susulan kejadian itu, pihak polis telah datang ke lokasi bagi memberkas suspek dan telah berlaku pergelutan ketika proses tangkapan.

“Suspek turut melakukan khianat dengan mengetuk bahagian hadapan bonet kereta peronda polis menggunakan kayu.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis syabu dan suspek bertindak demikian dipercayai mempunyai kaitan dengan masalah halusinasi,” ujarnya.

Jelas beliau, semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah kekerasan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 427 KK, Seksyen 186 KK dan Seksyen 15(1) Akta dadah Merbahaya 1952 (memasukkan dadah ke dalam badan). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI