fbpx

Haiwan ternakan berkeliaran dilelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak dua ekor haiwan ternakan yang ditangkap oleh Majlis Daerah Rembau (MDR) dilelong kepada orang ramai di Kendong Farm, pagi tadi. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Sebanyak dua ekor haiwan ternakan yang ditangkap oleh Majlis Daerah Rembau (MDR) dilelong kepada orang ramai di Kendong Farm, pagi tadi.

Yang Dipertua (YDP) MDR, Mohamad Najib Mustafa berkata, haiwan yang disita itu adalah dua ekor anak lembu yang ditangkap dalam operasi di Kampung Kundur Tengah pada 2 September lepas.

Menurutnya, dalam operasi yang dijalankan selama dua hari itu iaitu pada 1 dan 2 September lalu, sebanyak enam ekor haiwan ternakan berkeliaran telah ditangkap kerana menganggu lalu lintas serta mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

“Bagaimanapun, sebanyak empat ekor ternakan telah dituntut oleh pemiliknya dan kesemuanya dikehendaki membayar sebanyak RM 1,100 iaitu kompaun beserta kos tahanan bagi setiap ekor ternakan yang dituntut. Bakinya dua ekor anak lembu ini masih tidak dituntut.

“Lelongan pertama kali untuk tahun ini dibuat mengikut prosedur ditetapkan iaitu selepas tidak ada tuntutan daripada pemilik dalam tempoh tujuh hari yang dberikan oleh MDR bermula daripada tarikh ia ditangkap,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI