fbpx

Upin & Ipin alat propaganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) menyatakan bahawa Upin dan Ipin adalah simbol budaya dan imej positif buat Malaysia.

PETALING JAYA – Sebuah program YouTube di Indonesia menggelar siri animasi Upin dan Ipin ialah alat propaganda positif dari negara ini.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik ke saluran YouTube Podcast Deddy Corbuzier, Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) telah mengatakan bahawa Upin dan Ipin adalah propaganda Malaysia kepada dunia luar.

Berdasarkan sebuah video berdurasi 59 minit di Podcast Deddy Corbuzier, KPI yang ditemu ramah telah menyatakan bahawa Upin dan Ipin adalah simbol budaya dan imej Malaysia yang bukan sahaja berbilang bangsa malah ramah dan beragama.

“Upin dan Ipin dapat disebut propaganda positif, ini kerana ia dapat memperkenalkan imej Malaysia ke dunia luar yang berbilang kaum, budaya, sopan dan beragama,” katanya di dalam temu bual itu.

Tambahnya lagi, beliau menyatakan alasan disebalik dakwaan tersebut adalah disebabkan animasi ini mendapat subsidi dari Kerajaan Malaysia dan secara tidak langsung ia menyebarkan imej negara ini.

Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial telah memuji Les’ Copaque Production yang telah membawa imej baik buat negara Malaysia.

“Terbaik Upin Ipin, grafik cantik dan jalan cerita serta suasana yang seronok untuk di tonton, sampai negara jiran pun kagum dan kata propaganda yang positif,” kata Suzie Satarudin.

“Les Copaque terbaik sebab bawa imej Malaysia dengan sangat sempurna, memang patut digelar propaganda positif negara kita,” jelas Khairul Aiman.

“Tiada apa yang hendak di kata, saya respect (hormat) dengan produksi yang buat cerita ini,” ujar Hazman Mansor.

Terdahulu filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal telah mengutip RM25 juta selepas 21 hari tayangan dengan jumlah penonton mencecah dua juta orang. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI