fbpx

Penang FC duduki tempat ketiga Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD AL-Hafiz Harun (kiri) menjadi tonggak utama Penang FC sepanjang perlawanan Liga Super 2021.

GEORGE TOWN – Penang FC tetap melakar senyuman setelah dinobatkan tempat ketiga pada aksi perlawanan terakhir Liga Super 2021 selepas menyamakan kedudukan 2-2 ketika menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Bandaraya di sini sebentar tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp’ Malaysia, Tomas Trucha itu berjaya meraih kemenangan buat kelab baharu itu biarpun gagal menempah tiket ke perlawanan Piala AFC musim depan.

Pada separuh masa pertama, skuad Harimau Kumbang dilihat lebih menguasai perlawanan dengan masing-masing pemain berjaya mengawal rentak permainan pasukan pelawat.

Walaupun Penang FC beraksi dengan hanya 10 barisan pemain ekoran pemain pertahanannya, Abdul Latiff Suhaimi dilayangkan kad merah pada minit ke-14 namun percaturan yang disusun Trucas itu tidak sedikitpun mematahkan semangat pasukannya selain mampu menunjukkan aksi luar biasa.

Dalam aksi perlawanan tanpa penyokong itu, penyerang Terengganu FC, David Aparecido Da Silva gagal meledakkan gol pendahulu buat pasukannya menerusi sepakan penalti selepas berjaya ditepis kemas penjaga gawang tuan rumah, Samuel Jacob
Somerville pada minit ke-15.

Gol pertama Skuad Penyu berjaya ditembus menerusi tandukan kapten pasukan, Argzim Redzovic pada minit ke-25, menerusi hantaran pemain kelahiran Halifax, England, Lee Tuck pada minit ke-25.

Pasukan TFC dilihat mula bangkit selepas pasukan itu meraih gol pertama dengan melakukan beberapa taktikal di bahagian tengah.

Penang FC yang gagal menyamakan gol pendahulu menerusi sepakan percuma pemain tengah, Endrick Dos Santos Parafita pada minit ke-36 akhirnya berjaya menyamakan mata pada minit ke-40 menerusi sepakan penjuru berhampiran kubu lawan oleh pemain dari Tajikistani, Sheriddin Boboev.

Tidak cukup dengan satu jaringan, Penang FC sekali lagi menyumbat gol kedua hasil tandukan kencang penyerangnya, Casagrande pada minit ke-45 sebelum beberapa minit wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan.

Memasuki babak kedua perlawanan, pasukan Penang FC dilihat sedaya upaya mengatur corak permainan yang lebih konsisten dengan mempratikkan kemahiran dan pengalaman yang dikutip sepanjang musim ini.

Sepakan percuma buat skuad Penang FC, menerusi sepakan pemain kelahiran Brazil, Endrick gagal disudahi selepas hantaran bolanya berjaya dicengkam kuat penjaga gol Terengganu FC, Mohamad Suhaimi Husin.

Pada minit ke-64, rembatan kencang pemain tengah Terengganu FC, Lee Tuck yang berusia 33 tahun itu bagaimanapun hanya mampu menerjah di hadapan pintu gawang Penang FC selepas disambar kemas Somerville.

Bangkit daripada kegagalannya, gol penyamaan pasukan pelawat akhirnya berjaya dibolosi Lee Tuck pada minit ke-79.

Tambahan masa lima minit berakhir tanpa sebarang tambahan jaringan ketiga buat kedua-dua pasukan sehinggalah wisel penamat dibunyikan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI