fbpx

Pasangan di Sweden dilarang namakan anak sebagai Vladimir Putin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putin memberi amaran agar negara luar tidak masuk campur dalam peperangan Rusia dan Ukraine. - TASS

STOCKHOLM – Sepasang suami isteri di Sweden telah dilarang daripada menamakan bayi lelaki mereka sebagai Vladimir Putin oleh pihak berkuasa cukai negara itu, lapor laman berita Mail Online semalam.

Pasangan itu menghantar permohonan untuk menamakan bayi lelaki mereka sempena nama presiden Rusia itu kepada agensi cukai tersebut seperti yang diperlukan oleh undang-undang Sweden.

Nama-nama tertentu boleh dilarang daripada digunakan sekiranya ia memberi ‘ketidakselesaan’ kepada individu tersebut.

Bagaimanapun, dalam kes pasangan tersebut, alasan kepada larangan itu bagaimanapun tidak dinyatakan.

Susulan itu, pasangan dari Laholm, selatan Sweden itu dipaksa untuk memilih nama lain buat bayi lelaki mereka.

Agensi cukai tersebut sebelum ini telah menolak beberapa nama termasuk Ford, Michael Jackson, Pilzner, Q dan Token. -AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI