fbpx

Malaysia rekod RM7.7 bilion aliran modal pelabur asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Negara terus merekodkan aliran modal pelabur asing yang positif didorong kemajuan yang dicapai menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi bulan Ogos, Malaysia merekodkan sejumlah RM7.7 bilion dari segi aliran masuk modal pelabur asing iaitu pencapaian tertinggi sejak Jun lalu sekali gus mengimbangi aliran keluar bagi dua bulan sebelum itu.

Beliau berkata, bulan Ogos juga adalah bulan pertama yang mencatat pembelian bersih oleh pelabur asing di pasaran ekuiti negara.

“Perkembangan positif itu hasil daripada situasi lebih baik sistem kesihatan awam dan pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Kami menjangkakan pemulihan lebih kukuh bagi suku keempat 2021,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dari segi pasaran bon ringgit pula, Tengku Zafrul berkata, aliran masuk pelabur asing pada Ogos lalu tertumpu kepada terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) bernilai RM3.1 bilion. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI