fbpx

Ada yang nak beli kening Uyaina?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENING tebal dan terbentuk milik Uyaina memikat hati netizen.

SEBUT sahaja nama Uyaina Arshad, antara perkara yang terlintas dalam fikiran ialah kening tebal yang dimilikinya.

Orang kata kening itu aset, begitulah juga buat Uyaina.

Namun siapa sangka ada yang berminat untuk memiliki kening sepertinya sehingga bertanya dimana untuk membeli kening tersebut.

Jawab Uyaina dengan nada berseloroh, kening sepertinya boleh dibeli di sebuah platform e-dagang terkenal.

“Senang je, pergi ke kedai online, kemudian taip kening ulat bulu dan pilih jenis kemudian buat pembayaran.

“Dalam tempoh seminggu kening macam ini akan sampai,” gurau pelakon Love, Elsa itu.

Lucunya, terdapat netizen benar-benar mengikut arahan Uyaina namun usaha mereka tidak berhasil.

“Penat saya cari kening ulat bulu tapi tak keluar. Ulat bulu lain pula yang keluar,” komen seorang netizen.

Biarpun gurauan, video ‘kening’ yang dimuat naik dalam akaun TikTok Uyaina itu telah meraih lebih 200,000 tontonan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI