fbpx

Ah long mengaku salah, didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tian Shen (kiri) di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.

SEREMBAN – Seorang ah long dijatuhi hukuman denda RM3,500 di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menjalankan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen.

Terdahulu, Majistret Mahyun Yusuf menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Lai Tian Shen, 19, yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dihukum penjara enam bulan.

Mengikut pertuduhan, Tian Shen didakwa telah membantu pemberi pinjam wang tanpa lesen dengan menawarkan pinjaman tanpa suatu kelulusan di kawasan awam.

Kesalahan itu dilakukan di Nilai Square, Bandar Baru Nilai Utama di sini pada pukul 2.15 petang, 6 September 2021.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun telah membayar denda tersebut. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizal Zainul manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI