fbpx
Tapir betina yang mati akibat dilanggar penunggang motosikal di KM 70, Jalan Jerangau - Jabor di AMBS, Dungun malam tadi.

Tapir maut dilanggar motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang buruh berdepan detik cemas apabila motosikal yang ditunggangnya terlanggar seekor tapir betina yang tiba-tiba melintas di Kilometer 90, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Al Muktafi Billah Shah (AMBS) di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.07 malam, Muhammad Zairey Abd Razak, 20, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC cedera ringan manakala tapir tersebut mati akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, penunggang motosikal tersebut dalam perjalanan ke Bukit Besi dari AMBS.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, seekor tapir tiba-tiba melintas jalan dari arah hutan berhampiran.

“Dia gagal mengelak lalu melanggar tapir tersebut. Impak kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami luka di bahagian belakang badan dan kepala,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Katanya, mangsa telah dibawa ke Unit Rawatan Hospital Dungun di sini untuk menerima rawatan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN