fbpx

Pura-pura terkejut dan tidak tahu – Cik B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIK B menjawab respons ramai tentang luahan ibunya yang tidak berani berterus-terang tentang perancangan untuk berkahwin menjelang Disember ini.

PETALING JAYA – Anak perempuan kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin memuat naik satu ciapan mencuit hati apabila dikhabarkan tidak tahu-menahu tentang perkahwinan ibunya.

Pelantun lagu Tolonglah itu menerusi Twitter seperti memberi gambaran berpura-pura tidak tahu ibunya akan berkahwin dengan lelaki muda, Ahmad Iqbal Zulkefli.

“Pura-pura terkejut dan tidak tahu,” ciap Cik B pada satu ciapan netizen yang mengharapkan dirinya tidak mempunyai media sosial.

Selain itu, Cik B turut meletakkan tanda suka terhadap satu ciapan yang menasihatkan dia dan adiknya agak tidak bersetuju dengan keputusan Vida berkahwin lain, sekali gus menghadirkan seorang lelaki bergelar bapa tiri dalam hidup mereka.

Penerimaan Cik B terhadap keputusan Vida sebenarnya satu perkara yang merunsingkan buat Iqbal tambahan gadis berusia 15 tahun itu sudah mula menunjukkan perubahan sikap dan menjadi agak pendiam dan bercakap dengannya sejak kisah cinta dan perancangan menikahi jutawan kosmetik itu tersebar luas.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Vida mengesahkan akan berkahwin dengan Iqbal menjelang Disember ini dan mengimpikan sebuah perkahwinan ‘wedding of the year.’

Bagaimanapun, Vida berdepan satu masalah apabila belum ada keberanian untuk memberitahu perihal penting itu kepada anak-anaknya terutama Cik B.

“Kacak tiada masalah rasanya. Cuma Cik B dia agak protektif dengan saya. Saya belum berani untuk beritahu kepada mereka tentang hasrat saya (untuk berkahwin).

“Biarlah mereka dengar dahulu daripada media bukan daripada bibir saya sendiri. Cik B perlu masa untuk menghadapi semua ini. Perlahan-lahan saya akan beritahu dirinya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI