fbpx

Nelayan merungut tak boleh ke laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DERETAN bot-bot yang tersadai di Kuala Kedah selepas nelayan tidak dapat ke laut. – SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Kira-kira 1,000 nelayan kecewa apabila mendakwa tidak dapat turun ke laut sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Kedah pada ­Isnin lalu.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Hamid Bahari berkata, dia menerima banyak aduan dan rungutan daripada nelayan kerana keadaan itu menyebabkan golongan tersebut akan kehilangan punca pendapatan sepanjang tempoh PKPD.

“Nelayan pantai dan laut yang mampu memperoleh hasil tangkapan 100 hingga 200 tan sehari terpaksa menanggung kerugian besar kerana tidak dapat turun ke laut.

“Hasil tangkapan sebelum PKPD juga terpaksa disimpan dan akan rosak berikutan lori mengambil ikan tidak dibenarkan masuk ke kawasan ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, penghantaran ikan ke pasaran di beberapa buah negeri seperti Johor dan Perak mungkin terjejas kerana Kuala Kedah menjadi antara sumber terbesar ikan negara.

“Prosedur operasi standard (SOP) perlu dilonggarkan kepada nelayan supaya mereka dapat meneruskan kerja menangkap hasil laut seperti biasa sete­rusnya tidak menjejaskan bekalan sepanjang PKPD itu,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dakwaan nelayan tidak langsung dibenarkan turun ke laut adalah tidak benar.

“Nelayan yang ingin turun ke laut perlu mempunyai dokumen sah seperti mendapatkan kebenaran pihak polis, lengkap vaksinasi serta menjalani ujian sari­ngan kesihatan.

“Kami juga memahami rata-rata penduduk di sini bekerja sebagai nelayan, pergi ke balai polis berdekatan untuk dapatkan kebenaran,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI