fbpx

Lelaki kumpul gambar restoran unik McDonald’s di seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
McDonald’s telah membina pelbagai reka bentuk restoran yang berada di luar kotak pemikiran. – Getty Images

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang lelaki melakukan  misi menjejaki  restoran-restoran  McDonald’s paling aneh di dunia dengan mengumpul gambar premis restoran makanan segera tersebut yang mempunyai tema luar biasa, lapor akhbar Daily Star semalam.

Max Krieger, 28, mula memuat naik gambar restoran McDonald’s yang mempunyai reka bentuk luar biasa di Twitter kira-kira setahun setengah yang lepas.

Projek dinamakan ‘Nonstandard Mcdonald’s’ itu bertujuan untuk meraikan restoran-restoran bertema aneh dan hebat yang dibina sejak restoran pertama jenama itu dibuka pada tahun 1955.

Daripada tema objek terbang tidak dikenali (UFO) di Britain kepada bilik bawah tanah ‘gothic’ di Poland, McDonald’s telah membina pelbagai reka bentuk restoran yang berada di luar kotak pemikiran.

Menurut Krieger, projek dokumentari itu tidak mempunyai kaitan dengan McDonald’s.

“Saya berpendapat sekiranya mereka ingin menghentikan saya (daripada melakukan dokumentari), mereka pasti sudah melakukannya,” katanya.

Buat masa ini, populariti akaun Twitter ‘Nonstandard Mcdonald’s’ meningkat secara mendadak dengan seramai 158,000 pengikut dicatatkan.

“Saya rasa puas hati apabila melihat orang ramai menghargai sesuatu yang mereka telah lupakan.

“Rasanya seperti telah menyuntik sesuatu yang positif ke dalam dunia dengan kandungan online tersebut,” katanya.

Sementara itu, McDonald’s dilaporkan tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai projek Krieger.

Bagaimanapun, menurut laporan pertubuhan Radio Awam Kebangsaan (NPR), syarikat gergasi makanan segera itu amat menyukai lokasi-lokasi unik dan kreatif McDonald’s di seluruh dunia serta nostalgia yang diketengahkan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI