fbpx
Saravanan (dua dari kiri) meninjau asrama pekerja sebuah kilang memproses bunga di Cameron Highlands hari ini.

Kuarters pekerja berpusat dibina di Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CAMERON HIGHLANDS – Kerajaan akan membina kuarters pekerja berpusat (CLQ) di daerah sebagai projek rintis dalam usaha pengawalan pekerja asing di negara ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata, Cameron Highlands dilihat sesuai dijadikan model projek rintis berkenaan kepada majikan khususnya dalam sektor peladangan dan pertanian.

“Pembinaan CLQ di Cameron Highlands diambil kira selepas mendapati ia merupakan satu keperluan kerana keluasan kawasan itu adalah terhad dan cara ini lebih senang mengawal pekerja asing.

“Perkara ini akan dibincangkan bersama kerajaan negeri Pahang dalam tempoh terdekat sebagai projek usahasama yang memberi faedah kepada kedua-dua pihak,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyertai Operasi Pematuhan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 dan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) di 25 premis dalam sektor pertanian di sini hari ini.

Menurutnya, dalam konteks pengawalan dan keselamatan, pekerja warga asing perlu ditempatkan di kawasan khas dan tidak dibiarkan di merata-rata tempat.

Katanya, lokasi CLQ juga akan dibina di kawasan yang strategik mengambil kira tempoh perjalanan dan pergerakan warga asing berkenaan ke tempat kerja mereka.

Sementara itu, katanya, operasi pematuhan seperti ini dilaksanakan berterusan yang menyaksikan sehingga hari ini seramai 24,812 majikan dan 132,513 pusat penginapan telah diperiksa.

Ujarnya, pemeriksaan yang dilakukan di Cameron Highlands hari ini melibatkan sektor pertanian iaitu ladang yang menjalankan aktiviti penanaman bunga dan sayur-sayuran. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN