MERSING – Dua pukat tunda kelas B dan C bersama enam nelayan berjaya diberkas selepas disyaki menceroboh kawasan Taman Laut Johor di perairan Johor Timur untuk menangkap ikan, di sini semalam.
Pengarah Perikanan Negeri Johor, Zainudin Abd. Wahab berkata, tangkapan pertama melibatkan pukat tunda kelas C dikendalikan tiga kru berusia 34 hingga 42 tahun yang ditahan pada pukul 2.30 pagi.
Katanya, pukat tunda kelas B pula ditahan pada pukul 3.45 pagi bersama tiga kru berusia 31 hingga 55 tahun.
“Operasi pemantauan, pengawalan dan survelan (MCS) Taman Laut telah dijalankan oleh Pasukan Penguatkuasaan Taman Laut dan Pengurusan Sumber, Jabatan Perikanan Negeri Johor di kawasan Taman Laut Johor sejak malam semalam.
“Rondaan dijalankan di sekitar kawasan Taman Laut Johor telah membuat penahanan terhadap dua buah vesel penangkapan ikan pukat tunda kelas B dan C yang sedang menjalankan aktiviti penangkapan ikan di perairan berhampiran.
“Vesel C tersebut adalah disyaki menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika dari darat iaitu melanggar syarat lesen penangkapan ikan, manakala vesel B tersebut adalah disyaki menangkap ikan di bawah jarak yang sama dari darat iaitu di luar waktu operasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, dalam penahanan tersebut, pihak perikanan telah membuat sitaan terhadap kedua-dua vesel, enam suspek dan juga ikan tangkapan sebanyak 1,500 kilogram anggaran nilai sitaan bernilai RM3,000,000. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














