fbpx

Dua maut van langgar belakang treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan van dinaiki dua mangsa yang remuk teruk di bahagian hadapan setelah melanggar sebuah treler, hari ini. /FOTO IHSAN PDRM

TAPAH – Dua lelaki termasuk seorang warga Filipina maut setelah van yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler di kilometer 331.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Nahas pukul 12.54 tengah hari itu mengorbankan Collins Prestly Primus, 29, dan lelaki warga asing, Relano Gemar, 35, akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika van itu dalam perjalanan dari Klang ke Bukit Kayu Hitam manakala treler tersebut pula dari arah Setia Alam ke Ipoh.

Katanya, setibanya di tempat kejadian, van dipandu lelaki berusia 31 tahun itu hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan treler berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, nahas berlaku ketika treler tersebut berada di laluan kiri dan hendak berhenti di lorong kecemasan sebelum sebuah van hilang kawalan lalu melanggar kenderaan tanpa muatan itu.

“Relano yang duduk di bahagian penumpang belakang maut di tempat kejadian manakala rakannya meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tapah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemandu van tersebut tidak cedera manakala seorang lelaki yang duduk di bahagian belakang van cedera ringan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI