fbpx

Bakul makanan elak bekalan terputus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jasvir Singh (kiri) menyampaikan bakul makanan sumbangan LHDN kepada Siti Noraisyah di Kampung Ketari, dekat sini semalam.

BENTONG – Bantuan bakul makanan yang diberikan pelbagai pihak amat signifikan apabila menjadi penyelamat kepada keluarga yang terkesan akibat pandemik Covid-19 daripada terputus bekalan makanan.

R. Remina,40, berkata, bantuan bekalan makanan yang diterimanya daripada pelbagai pihak termasuk yang terbaharu sumbangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi nafas kepada keluarganya yang kehilangan punca pendapatan selepas suaminya kehilangan pekerjaan tiga bulan lalu.

“Walaupun suami hilang pekerjaan tetapi anak-anak tetap mahu makan hari-hari, kami mengharapkan barangan makanan sebagai keperluan dan nasib baik bakul makanan diberikan pelbagai pihak.

“Terima kasih kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga Datuk Jasvir yang tidak putus-putus datang menyalurkan bantuan kepada kami,” katanya selepas menerima bantuan bakul makanan yang disumbangkan oleh LHDN di Kampung Ketari di sini, semalam.

Sumbangan bakul makanan berkenaan disampaikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh Ram Singh.

Seorang lagi penerima, Siti Noraisyah Abdullah, 28, berkata, bantuan bakul makanan berkenaan sememangnya amat diperlukan oleh keluarganya yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Sementara itu, Jasvir berkata, sumbangan itu menunjukkan keprihatinan pihak LHDN terhadap masyarakat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Saya mewakili kerajaan negeri dan masyarat di sini mengucapkan terima kasih kepada pihak LHDN yang menghulurkan sumbangan yang amat bermakna bagi penerima ini,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI