fbpx
GELAGAT Remy 'mengganggu' isterinya ketika wanita itu mempromosikan kasut jualannya dalam Instagram.

Alahai manisnya Remy tolong isteri buat iklan kasut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INGATKAN ‘demam’ Remy Ishak sudah berakhir sejak dia mendirikan rumah tangga tetapi telahan tersebut salah belaka.

Mana tidaknya, hampir setiap hari ada sahaja namanya menjadi bahan bualan netizen dalam media sosial.

Terbaharu, Remy sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila muncul dalam video siaran langsung isterinya, Ezza Yusof bagi mempromosikan rekaan kasut jenamanya sendiri.

Paling mencuri perhatian ialah apabila Remy muncul dan turut memakai serta menari-nari sambil menggayakan kasut jualan si isteri tersayang.

Aksi lucu tersebut mencetuskan deraian tawa Ezza yang tidak menyangka suaminya tergamak memakai kasut tersebut.

“Terima kasih, semoga awak dimurahkan rezeki suamiku,” kata Ezza kepada Remy.

Alahai manis bersemut pasangan suami isteri itu. Ezza juga dipuji kerana tutur katanya yang sangat sopan dengan suami.

Harapnya tiada hati yang kembali berdarah melihat gelagat lucu dan romantis ‘kanda’ Remy dengan adindanya itu.

MIZZ LAHAR: Kumbang bukan seekor dik. Zul Ariffin pun kata, harap dia dapat kahwin sebelum meninggal. Alahai sayang Zul!

POPULAR