fbpx

Raducanu tempah tiket ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU dijangka berdepan tentangan sengit di peringkat suku akhir Terbuka AS menentang Bencic awal pagi esok. – AFP

NEW YORK – Bintang remaja sensasi Great Britain, Emma Ra­ducanu layak ke suku akhir Grand Slam pertama dalam kariernya selepas menewaskan Shelby Rogers pada pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat (AS) awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Arthur Ashe itu, Raducanu yang baru berusia 19 tahun cuma memerlukan 65 minit untuk menyingkirkan Rogers dengan keputusan 6-2, 6-1 untuk menempah pertemuan menentang Belinda Bencic awal pagi esok.

Raducanu seakan-akan tidak percaya mampu menampilkan prestasi memukau sepanjang saingan Terbuka AS sejak minggu lalu dan bertekad untuk meneruskan momentumnya beraksi tanpa sebarang tekanan.

“Saya sangat gembira apabila melangkah buat kali pertama ke pentas suku akhir kejohanan bertaraf Grand Slam. Lebih manis, ia dilakukan dengan menewaskan pemain yang cukup berpengalaman seperti Rogers.

“Malah, ini adalah kali pertama saya diberi peluang beraksi di gelanggang utama (Stadium Arthur Ashe). Sorakan penyokong-penyokong yang hadir memberikan saya semangat tambahan untuk beraksi dengan lebih konsisten.

“Namun, saya tidak boleh menganggap laluan mudah ke separuh akhir kerana pencabar selepas ini ialah Bencic adalah lawan yang sukar.

“Jangan lupa Bencic adalah pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Ia tidak bermakna saya menyerah kalah kerana saya juga mahu membuktikan sesuatu,” katanya.

Terdahulu, Bencic selaku pilihan ke-11 kejohanan, berjaya menempah tiket ke suku akhir untuk menentang Raducanu selepas dia menumbangkan pemain No. 7 dunia, Iga Swiatek dengan kemenangan straight-set 7-6, 6-3. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI