fbpx

Havertz cuma selesema biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAVERTZ (kiri) dikatakan tetap menyertai skuad Jerman untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Iceland awal pagi esok. – AFP

REYKJAVIK, ICELAND – Bintang Chelsea, Kai Havertz dijangka kembali beraksi bersama Jerman menentang Iceland untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Laugardalsvollur awal pagi esok.

Perancang tengah berusia 22 tahun itu terlepas perlawanan menentang Armenia kelmarin kerana mengalami selesema yang menyaksikan Die Mannschaft berpesta gol 6-0 ke atas Armenia di Mercedes-Benz Arena.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Jerman, Hansi Flick mendedahkan, Havertz akan diterbangkan juga ke Iceland untuk aksi kelayakan terakhir Kumpulan J bulan ini walaupun terpaksa berlatih bersendirian.

“Kami akan membawa semua pemain ke Jerman termasuk Havertz dan Robin Gosens yang masih menjalani proses pemulihan disebabkan kecederaan kaki dialami baru-baru ini.

“Havertz tetap berlatih walaupun tidak di atas padang. Buat masa ini, dia cuma berlatih menggunakan basikal,” kata Flick.

Penjelasan itu melegakan peminat-peminat Chelsea yang sebelum ini meluahkan kebimbangan sekiranya Havertz ­dijangkiti wabak Covid-19 dan perlu menjalani tempoh kua­rantin sebaik pulang ke London.

Bagaimanapun, pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mungkin tidak akan mengambil risiko meletakkan Havertz dalam ke­sebelasan utama untuk aksi Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa di Stamford Bridge pada Ahad ini.

Segalanya bergantung kepada tahap kecergasan Havertz bersama Jerman ketika ini sama ada dia diturunkan atau tidak menentang Iceland awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI