fbpx

Tunggu hari untuk bersalin, Izreen Azminda sukar tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZREEN AZMINDA kini menunggu hari untuk bersalin anak ketiga.

PETALING JAYA – Bakal melahirkan anak ketiganya tidak lama lagi, pelakon Izreen Azminda mendedahkan dia kini mengalami masalah sukar untuk tidur pada waktu malam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Izreen, 36, berkongsi keadaan terkini dirinya yang sedang sarat hamil dan hanya menunggu hari untuk bersalin.

“Sudah hujung-hujung (menunggu masa bersalin), memang semua mak-mak ada masalah tidur ke? Saya susah sungguh nak tidur sejak akhir-akhir ini.

“Kalau tidur pun, hanya tidur-tidur ayam sahaja. Pusing sana tak kena, pusing sini tak kena. Makan pun dah kurang,” katanya.

Dalam perkongsian itu juga, pelakon yang popular menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu juga mendedahkan bahawa berat badannya kini sudah mencecah lebih daripada 80 kilogram.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut berkongsi pengalaman serupa ketika sarat hamil dan berkata bahawa perkara sebegitu adalah normal bagi ibu mengandung.

“Sama! Saya sudah 36 minggu. Rasa nak menangis sebab tertekan. Kalau nak tidur, dua jam sahaja tidur. Itu pun selepas dengar azan Subuh. Bayangkan golek sampai Subuh tak boleh tidur,” kata seorang pengikutnya.

“Betul. Saya dulu pun begitu. Perut besar, semua posisi tak kena,” komen seorang lagi pengikutnya.

Sekadar info, kehamilan ketiga tersebut merupakan kandungan kedua hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude yang dikahwini pada 8 Ogos 2017.

Hasil perkongsian hidup bersama Ude, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Terdahulu, pelakon kelahiran Perlis itu turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI