fbpx

SME Bank, SDB tawar pakej usahawan RM150 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIA PUTERA (duduk kiri) bersama Yee Kiong (duduk kanan) pada majlis memeterai MoU antara SME Bank dan SDB semalam.

PETALING JAYA – Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Sabah Development Bank Berhad (SDB) untuk menawarkan pelbagai pakej pembiayaan serta program pembangunan usahawan bernilai RM150 juta.

Antara inisiatif yang terkan­dung dalam MoU tersebut adalah penyediaan Pakej Pembiayaan dengan Jaminan SDB dan kemudahan pembiayaan club deal bagi projek berskala besar untuk usahawan PKS di negeri Sabah, perkongsian sumber dan kerjasama serta melaksanakan program pembangunan usahawan.

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, kerjasama ini merupakan satu inisiatif bagi membolehkan SME Bank dan SDB menawarkan pakej lengkap kepada usahawan PKS di Sabah secara khususnya.

Menurut beliau, anak syarikat SME Bank, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR) akan turut sama menawarkan program pembangunan keusahawanan dan keupayaan yang bersesuaian bagi memperkasakan lagi usahawan PKS.

“SME Bank telah lama bertapak di Sabah dan melalui tiga buah cawangan, kami telah meluluskan lebih RM118 juta pembiayaan kepada 184 PKS pada tahun 2020.

“Bagi tahun 2021 sehingga bulan Julai, pembiayaan bernilai RM88 juta telah diluluskan kepada 150 PKS,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pemeteraian MoU antara dua bank tersebut semalam.

Turut hadir Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif SDB, Datuk Vincent Pung Yee Kiong.

Selain itu, pada majlis tersebut, SME Bank dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) turut bertukar dokumen Surat Niat untuk program pembangunan usahawan Asnaf di negeri Sabah.

Mengulas mengenai kerjasama antara SME Bank dengan MUIS, kedua-dua entiti itu akan menjayakan Program Keusahawanan Asnaf ISHRAF 2.0 yang dijangka bermula Oktober 2021.

Melaluinya, MUIS akan memilih 10 peserta daripada kalangan usahawan Asnaf bagi men­yertai Program ISHRAF 2.0 SME Bank.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI