fbpx

Saya maafkan Siti Kasim- Menteri Agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris Ahmad memaafkan tindakan Siti Kasim yang mendakwa beliau mengenakan jam tangan mewah berjenama Rolex.

PETALING JAYA- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad memaafkan tuduhan peguam dan juga aktivis, Siti Kasim yang mendakwa beliau menggunakan jam tangan mewah berjenama Rolex.

Naib Presiden Pas itu melafazkan kemaafan kepada Siti Kasim menerusi ciapan di laman sosial Twitter miliknya selepas aktivis itu membuat permohonan maaf kepada beliau.

“Insya-Allah saya maafkan. Saya doakan semoga Puan Siti diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan virus Covid-19,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, Siti Kasim membalas ciapan kepada Idris dengan membuat permohonan maaf terhadap tuduhan yang dilontarkan sebelum ini.

“Minta maaf ustaz, saya memang salah,” katanya.

Sementara itu, rata-rata pengguna laman media sosial memberikan reaksi positif terhadap sikap profesionalisme yang ditampilkan Siti Kasim dan Idris Ahmad.

“Alhamdulilah, dakwah dengan akhlak lebih menyentuh jiwa,” ciap BumanUbakar.

“Inilah ciri-ciri muslimah sejati, memohon maaf apabila terkhilaf dengan suci hati. Boleh disunting menjadi permaisuri Yang Berhormat,” kata Suraya Aziz.

“Semoga hati Siti Kasim, hidayah milik Allah,” jelas Aizuddinfauzi.

Semalam, Siti Kasim atau nama lengkapnya Siti Zabedah Kasim dalam satu hantaran di media sosial meminta pengikut laman Twitter miliknya melihat jam berwarna keemasan kepunyaan Idris yang disangkanya jam jenama mewah Rolex.

Bagaimanapun, Naib Presiden Pas itu membidas kenyataan Siti Kasim dengan menjelaskan hanya memakai jam tangan jenama Buruj bagi membantu memudahkannya mengetahui arah kiblat serta waktu solat.

Susulan itu, laman web yang menjual jam tangan jenama Buruj sesak dengan model Buruj Adam Hawa Rose Gold untuk lelaki habis terjual semalam. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI