fbpx

Remaja antara ditahan tipu urusan jual beli iPhone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua telefon bimbit jenis iPhone yang dijual mangsa kepada suspek tanpa menerima bayaran pada Sabtu lalu.

SUNGAI PETANI – Tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 19 tahun yang disyaki memperdaya seorang peniaga dalam urusan jual beli dua telefon bimbit jenis iPhone berjaya ditahan dalam dua serbuan di sini pada Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd. Rahman berkata, remaja berusia 19 dan dua lagi lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Katanya, tangkapan dilakukan susulan laporan seorang lelaki berusia 37 tahun yang menjalankan perniagaan telefon bimbit secara dalam talian.

“Berdasarkan laporan, mangsa telah bertemu dengan dua suspek berusia 19 dan 33 tahun pada pukul 4.30 petang, Sabtu lalu di sebuah stesen minyak berdekatan Flat Paya Nayu di sini bagi tujuan jual beli telefon bimbit.

“Mangsa telah ke lokasi kejadian dan menyerahkan dua telefon bimbit jenis iPhone 8 Plus dan iPhone XR yang dipesan beserta sekeping resit kepada suspek pertama berusia 19 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, suspek kemudian berjanji untuk menjelaskan bayaran sebanyak RM2,830 ke dalam akaun mangsa selepas selesai urusan temu janji hospital, namun tiada sebarang bayaran dibuat selepas itu selain suspek juga gagal dihubungi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI