fbpx

Hubline terima kontrak RM25.67 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyedia logistik marin dan udara serantau,  Hubline Berhad (Hubline) melalui subsidiarinya, Layang Layang Aerospace Sdn Bhd (LLA) telah dianugerahkan kontrak untuk menyediakan helikopter dan perkhidmatan sewaan pesawat sayap tetap untuk kegunaan Pilihan raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri Sarawak ke- 12 oleh  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan nilai kontrak RM25.67 juta.

LLA adalah salah satu operator penerbangan awam terbesar di negara dan ia menawarkan perkhidmatan doktor udara, pesawat kecemasan, tinjauan udara, pesawat tempahan khas dan operasi menyelamat.

Selain itu, syarikat juga memiliki akademi penerbangan yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Menurut maklumannya kepada Bursa Malaysia, LLA telah mendapat menerima jemputan daripada SPR untuk membida tender kontrak sebagai persediaan kepada PRU akan datang.

“Kini kami telah dimaklumkan ia berjaya, bagaimanapun, melihat kepada tiada tarikh yang belum ditetapkan untuk pilihan raya ekoran pandemik, jangka masa kontrak adalah selama 24 bulan iaitu dari tarikh 26 Ogos 2021 hingga 25 Ogos 2023.

“Pihak Lembaga Pengarah berpendapat bahawa penerimaan kontrak itu adalah untuk kepentingan  Kumpulan dan kontrak tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Hubline untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2022 atau 30 September 2023 bila mana PRU diadakan nanti,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI